Friday, December 28, 2012

#1 Tapi yang pasti, aku rindu saat itu


Tengah-tengah malam macam ni, boleh pulak teringat kisah dolu-dolu, zaman sekolah rendah. Time baru nak kenal apa itu kawan, cikgu, huruf, nombor, macam-macam lagi la. Masa tadika aku tak ingat tapi yang pasti aku tak ada kawan. Yes, aku tak ada kawan masa tadika. And aku tak tau sapa diorang. Oh, sadisnya. Drama pulak. Ok, dah.

Masuk darjah satu, hari pendaftaran, masih aku ingat, pagi tu ayah aku hantar, adik aku pun ikut sekali (gatal-gatal nak ikut -,-), masuk dekat lorong bangunan pertama, ayah pergi dekat board, check nama aku untuk kelas mana. Ramai parents time tu, sesak dalam lorong tu. Aku duduk dekat belakang, dengan rambut ikat gembira (ikat ekor kuda kiri kanan – fasyen rambut favorite mak-mak and the toncet one! xD) *time tu tak pakai tudung lagi, huhu* sandar dekat dinding sambil tangan tutup lencana sekolah sebab lencana dekat bahu! Hahaha. Umie salah budget time nak lekat lencana tu. Malu-malu… T.T nak pandang orang pun segan. =_=’

credit
ikat gembira macam ni :D

credit
lencana Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana (SKPP)

Then, ayah datang dekat, cakap nama aku tak ada dalam senarai, T.T apa ke sedih sangat, first time aku masuk sekolah dah jadi macam ni. Naik pejabat, cakap nama tak ada dalam senarai. Cikgu check-check, tak ada. Then dia suruh masuk kan nama dalam satu kertas, ayah tulis and ayah cakap aku kelas G, Gemilang. Aku tak tahu lagi sistem rank kelas pertama kelas akhir ni waktu tu. So, masuk lah aku kelas 1 Gemilang merangkap kelas yang terakhir (beberapa bulan lepas tu baru aku tau). Ddang!! Kelas paling last and paling hujung kau! T.T nasib-nasib… dah la lencana dekat bahu, nama tak ada dalam list, dapat pulak kelas last sekali. Haishh…

Berjalan lah aku naik kelas, kelas tingkat dua, hujung sekali, sebelah bilik musik, bilik yang budak-budak sekolah takutkan, katanya gambar badut dekat pintu masuk bilik music tu kadang-kadang bergerak. Aku pun percaya lah (tapi tak sangat, takut tu ada. Huhu. Budak-budak kan.?) tapi yang pasti aku suka masuk bilik musik, ada macam-macam alat music and bilik tu relax je. Tiap kali ada kelas musik, mesti pergi bilik musik and time nak masuk tu, aku tak kan pandang pintu tu. Hahaha. Zaty, zaty, karutlah semua tu. Ya, tau, tapi time tu kan tak matang lagi. :P

Ok, berbalik pada cerita kelas tadi, masuk kelas, dah ramai budak-budak ambil tempat duduk and aku dapat tempat duduk third last. ==’’ kira ok.. lah.. tengah-tengah lah.. emm (angguk-angguk).. (macam tak rela nak cakap ok tu ==) duduk, tengok orang kiri kanan, tak tegur siapa-siapa (tak kenal lagi kan.? member-member time tu, aku ni dahlah jenis malu-malu kucing parsi. hehe) then, habis semua nonet nonet nonet, pendaftaran ape semua, ayah balik. Duduk lah aku sebatang kara dekat sekolah tu. Aku pun tak tau macam mana aku survive masa hari pendaftaran tu. ==’’ hahaha.

Then, habis masa sekolah, umie yang ambil aku balik. Balik jalan kaki, sebab sekolah dekat je, belakang rumah je pun adoi. Jalan pimpin tangan, goyang-goyang kepala kiri kanan like happy child.. Ok, tipu je. Aku bukan lah se’mengada-ngada’ tu nak jalan sambil goyang-goyang kepala. Registration day merangkap first day school aku masa sekolah rendah went well even ada certain things yang tak berapa nak ok, macam lencana dekat bahu (errgh) but, everythings went well. And yang pastinya, aku tak menagis masa kena tinggal dengan ayah. Hohoho. Sebabnya, umie dah pesan, nanti lepas habis apa semua, ayah terus balik, jangan nangis. Aku angguk-angguk je. Aku pun tak jumpa sebab yang munasabah untuk aku menangis pada hari first dekat sekolah and aku tak faham kenapa budak-budak lain waktu tu ada yang menangis meraung-raung macam kena tinggal and parents dorang takkkan ambil dah. ==’’ so, fikir positif, mereka manja dan mengada. Kbye.

credit

done



Friday, November 9, 2012

Say Alhamdulillah instead of complaining

Assalamualaikum

Say alhamdulillah for what ever Allah has given to you. He knows what the best for you. Have you say alhamdulillah in this morning because of He has give a chance for you to have a breath today? let say 'Alhamdulillah, thank you Allah for giving me another day'.

Setiap pemberiannya merupakan rezeki buat kita, rezeki Allah datang dari tempat yang kita tak pernah sangka, rezeki Allah itu maha luas, sampai kita tidak terfikir luas dan besar nya rezeki Allah itu, mungkin sesetengah orang rezeki dia datang dari harta benda, sesetengah orang rezeki dia pada anak-anaknya, sesetengah orang lagi mungkin dari keputusan peperiksaan nya dan macam-macam lagi. Just don't complaining for whatever He have gave to you! Just don't. #notetomyselftoo Belajar erti bersyukur. Aku pun sedang belajar untuk lebih bersyukur dengan apa yang aku ada dan dapat. Masih belajar. Kadang-kadang aku pun buat khilaf, dapat ape yang aku nak, tapi nak lebih, lumrah manusia, tak reti bersyukur :P #astagfirullah..

***
Btw congrats to all UiTM students for those yang dapat DL or those yang result nya better than last semester. Tahniah, jangan bangga/riak dengan result anda, semua itu ujian dari Allah, Dia nak tengok sama ada kita akan ingat pada Dia atau tidak selepas Dia bagi kita keputusan cemerlang (itu pun salah satu rezeki dari-Nya). Bersujud lah pada-Nya dan ucapkan lah alhamdulillah... Moga kejayaan kalian akan terus berpanjangan dan blessing dari Allah itu penting dan juga parents. Ameen..

Aku?? Alhamdulillah result oke, tak nak merungut, but alhamdulillah.. :) tak nak cakap banyak-banyak, aku rasa aku merepak pula  ni ==''


done.
*banyak alhamdulillah dalam entry kali ni, takpe! lets spread Alhamdulillah! :D

Sunday, September 9, 2012

Member aku dah kahwin! Alhamdulillah :D

Assalamualaikum

Tadi duk chat-chat dengan member, ada sorang member lagi ajak pergi kenduri kahwin, dia bagitahu member sekolah rendah aku dulu ajak datang kenduri dia esok, which is hari ni la 9/9/2012. Terkezut aku, member aku dah kahwin, happy semua ada la. Yela, mana tak nya, member bina masjid, siapa tak suka, ye dok??


That guy, Azwan is my schoolmate and my classmate masa sekolah rendah dulu. sekarang dah nikah! dah jadi suami orang and insya allah ada rezeki akan jadi bapak orang setahun dua akan datang (moga dimurahkan rezeki) :)
Alhamdulillah jodoh dia sampai cepat, menangis la syaitan-syaitan durjana kat luar sana. Congrats pada korang berdua and moga berbahagia lah kalian sehingga jannah allah. Aku doakan moga korang, di panjangkan jodoh, dimurahkan rezeki and cepat dapat baby yang comel-comel. hehe :D

*jeles pula aku tengok orang yang dah kahwin ni, lagi-lagi member aku. :| aku bila lagi??

So this is pesanan to bakal imam ku kelak, :)


done.



Thursday, August 9, 2012

Start to sketch CCT innovation! wahaha!

Assalamualaikum

oke sorry tajuk entry macam gempak poyoness semua ada =_='. hari ni class macam biasa, pack dari pagi sampai malam, and class CCT tadi kitorang kena sketch innovation project! kitorang tak tukar plan ni sebab kira dah oke and belum di buat lagi oleh siapa-siapa pun (kot la =_=') lukis kejap je pun, aku touch up sikit-sikit je la.. so nah! tengok!


Before (sorry tak nampak sangat)
*jangan tiru idea ni =.=' serius :P
After
ni tak nampak hasil lagi, so tunggu la ye :)

mesti korang tak dapat bayangkan benda alah ni macam mana kan..so, tunggu jela hasil nye nanti :)
description material or what so ever nanti la ea, lepas siap. hehe. oke bai.

done.


Wednesday, August 8, 2012

#1 To: Bakal imam ku dunia akhirat

assalamualaikum..

kepada bakal imamku..
bimbing lah aku ke jalan Allah semasa aku dibawah tanggunganmu kelak
pimpinlah aku setiap masa
andai aku lagha dengan duniawi, tegur la aku dan ingatkanlah aku tentang akhirat




done.



Wednesday, July 25, 2012

Alhamdulillah...Ramadhan is back!

Assalamualaikum


Alhamdulillah... panjang umur lagi. sempat sambut ramadhan untuk tahun ni. dah nak dekat seminggu puasa kan?? so far, so good. :-D puasa dekat hostel dah masuk kali ke tiga dah ni. hmm bila dah puasa dekat U, memang nak merasa puasa kat rumah tu harapan la. ni pun dapat balik untuk puasa pertama je, lepas ni busy dah dengan test bagai. sabar jela... tak apa, dugaan...

puasa kali ni, juadah macam biasa, sahur, air panas, biskut ke ape ke, benda-benda ringan (tu je yang aku mampu jang oi, nak nasi makan kat rumah, *sedih) berbuka, beli jangan sampai membazir, buka puasa dengan kurma and air panas :-)
insya-allah, Quran tak tinggal untuk puasa ni, except sebab-sebab tertentu.

tak tahu nak cakap bebel apa lagi, hope for this ramadhan will be better than last ramadhan, macam-macam dugaan Allah bagi, harap Dia permudah kan segala urusan dan bagi kekuatan kat aku as hamba-Nya supaya dapat lalui semua benda tu. amin... selamat menyambut ramadhan pada semua umat islam, kejarlah pahala masa bulan ramadhan ni banyak-banyak. mohon Allah buka pintu hati untuk jadi hamba Dia yang soleh/solehah. amin...



done.


Monday, July 16, 2012

game and 'nangka busuk'

assalamualaikum

tak ada apa nak di cerita kan kat sini. banyak benda yang happen last week, cuma nak cerita tak ada masa, tapi yang paling best nya, we're one class playing games for CCT subject, memang happening gila. best la. haha, main teka-teka reaction, main air, seronok la. macam tu la. haha. *buat sakit hati je =.=' ni ha adalah sekeping dua gambar yang tak berapa nak syok tengok.

ni game teha. main ikat-ikat kaki. jalan bawak belon air.

sangat seksa doe! gelak-gelak nak tergolek aku time ni.

habis dah cerita game bagai... haa yang ni cerita agak tragik sikit, aku tak ingat hari apa, isnin lepas kot, jatuh katil, ulang semula, JATUH KATIL. oke, itu 'sangat best'. roomate aku cakap macam nangka busuk jatuh. fyi, aku jatuh dari katil atas, i' mean, yes, aku jatuh dari katil tingkat atas. gedebab!! gegor kau satu blok! haha. tak ada la, aku tak la besau sangat. lebam jugak la lutut kiri kanan, nasib tak patah ke ape. haishhh... but sekarang da oke sikit, lebam still there but sakit tak ada da. btw! ramadhan is coming!!! tak sabar nya!! welcome ya ramadhan! :-D


tinggal beberapa hari lagi je nak puasa, 'Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak' :-)

done.

Wednesday, July 4, 2012

Library baru!

halu-halu assalamualaikum!

excited nak cerita, sebabnya tadi masuk library baru! (ala gediknya =.=). tak nak cerita panjang-panjang. nah! tengok je gambar.

credit to pahang.uitm.edu.my

tempat letak bag.
besar and luas dari library lama



bilik IT.
lagi banyak dari library lama :D

ni dekat ground floor

ni jela boleh aku sajikan dekat korang. nak tengok lebih-lebih, masuk la UiTM pahang (promote. hehe).

done.

Tuesday, July 3, 2012

Ex-roomate my roomate

assalamualaikum

kelmarin roomate aku sorang ni baru balik dari KL, dia cakap la dia baru beli tudung, sama dengan aku, roomate-roomate aku yang lain ni sibuk-sibuk nak tengok. oke, tudung dia sama dengan aku tapi tak serupa. bak kata kawan aku ni, aku akan defend apa-apa yang orang lain sama dengan aku tapi aku akan sedaya upaya cakap tak sama. yela beb! malu! haha. ala, beli barang yang semua orang mampu beli, memang la semua sama, emm tak kisah dah. :-| then, aku dengan roomate aku sorang ni, plan nanti pakai sama-sama then amik gambar (perlu ke?). ala setakat saja-saja buat kenangan apa salahnya. kan?? so pagi tadi before pergi class, kitorang amik la gambar.


it's Lela and me!
kitorang pernah jadi roomate masa part 3 dulu, so, my ex-roomate become my roomate again! see the colour of hijab not exactly same. it just the same pattern. kalau kawan aku dengar ni mesti dia cakap aku still nak defend lagi. =_= tak apa la...tak sakit pun orang lain pakai benda yang sama macam kita. kita beli dengan duit kita, dia beli dengan duit dia. :-)

done.

Monday, July 2, 2012

Muet-derma darah-kupon

assalamualaikum

oke, tittle agak gempak tapi tak ada apa-apa pun.ngee~ sorry... hari ni semua orang sibuk2-kecoh2-bising2 pasal MUET. sebab start hari ni until next week is MUET week. haaaa.. thats why mereka-mereka semua since yesterday start busy print slip bagai. oke, apa-apa pun good luck to all candidates!! chaiyok2! aku tengok diorang tadi pun jadi nervous, macam aku pulak yang nak ambil MUET tu. padahal dah lepas dah. hee~

habis cerita pasal MUET pagi tadi.


look at the picture above. see what i found in my bag in this morning before go to investment class (poyo sebentar). benda ni a week after aku masuk semester 5 ni. ada program 6K entah pekejadah. UiTM buat la sekali program derma darah ni. dengan niat aku nak derma darah jugak la, tapi tak lepas, haemoglobin aku rendah. then, dengan sukacita nak cerita berat aku turun. hikhikhik (kembang hidung kejap) sebab 3,4 hari before event ni, aku kena cirit yang agak teruk.

habis cerita pasal derma darah. :-)

petang tadi, ada event perlantikan komander Badan Pertolongan Cemas (BPC). kitorang pergi berempat, aku, nana, jieha and tyra. ni ha gambar dia tapi perlantikan tu dah habis. lambat snap pic. berkerut-kerut kening tunggu benda ni. mana tak nya, duduk menghadap matahari. haishh..tak boleh salahkan ciptaan Allah yang Maha Besar, kita yang salah duduk tempat. kannn..hee~


it's jieha!

tyra, jieha and aku. nana tak ada :(

sempat lagi berposing berpitcha-pitcha. even dah selebet, comot and berminyak-minyak muka. 

done.

Saturday, June 30, 2012

Rushing

assalamualaikum

alhamdulillah, first step for movie assignment is half done, the rangka-rangka cerita, the story board, the script insya allah siap dah, just nak translate in english je. almaklumlah tak berapa nak terror sangat cek nak beromputih-omputih ni. agak busy for this semester because of a lot of assignment tak sampai sebulan. di sebabkan aku amik subject Creative and Critical Thingking (MGT 315) yang mana tak ada final exam (horeyyyy!!) tapi digantikan pula dengan assessment yang berlambak gila sampai habis sem (dush!! padan muka). and first assignment kena buat video and kena hantar next week!! semput-lelah-sesak nafas nak siap kan. but alhamdulillah...kerja, kami (nana,jieha and aku) tak tangguhkan. so, buat kerja ikut plan yang kami da buat. :) for this assignment ni kitorang akan berlakon!! (tak tau nak react macam mana =.=') parenting: child abuse is tittle of our assignment and it is more to physical abuse.

oke. habis da cerita pasal assignment. nak cerita banyak-banyak memang tak la. malas. ngeee. hari ni tak ada plan nak buat ape. bangun pagi. solat. tukar cadar bantal tuala ape semua. mandi. cuci baju. surfing internet sambil tunggu mesin basuh siap (nampak sangat malas nye =.=') then roomate ajak pergi jengka street. nak dijadikan cerita, time aku nak sidai baju dekat katil. entah macam mana time nak turun katil (nasib aku la dapat katil double dacker, atas pulak tu) boleh pulak sebelah kaki masuk dalam baldi. nasib tak jatuh. roomate aku da gelak-gelak da. kata dia aku macam mr. bean. pun boleh la mr. bean.

oke habis da cerita pagi tadi. ni aku baru balik dari jengka street. terus buka laptop. kihkihkih. don't know what to do. so, membuta je la lepas ni. lalala. tidur kejap mencari ilham ape nak buat petang ni. :) adioss..


done.

Saturday, June 2, 2012

perlahan-lahan

assalamualaikum


alhamdulillah,
1st june bermula nya langkah baru dalam hidup
insya Allah..



done.

Saturday, May 26, 2012

hati mahu berkata-kata

assalamualaikum


rindu aku pada ramadhan tiap kali berakhirnya ramadhan
masih sempatkah aku berjumpa ramadhan kali ini??
rindu dan teringinnya menghadap Ka'abah tak pernah luntur
berpeluangkah aku beribadah di hadapan Ka'abah??
ajal di tangan Tuhan, siapa yang tahu, tiap nafas, degupan jantung adalah pinjaman dari-Nya
aku bersyukur, sehingga kini masih diberi peluang untuk merasai nikmat yang Allah beri
bernafas, merasai degup jantung sendiri, kasih sayang dari umie ayah dan adik-adik..
alhamdulillah..


***

agak lama juga aku tinggalkan bacaan al-Quran
sebab sibuk kerja (*astaghfirullahalazim)
beberapa minggu lepas, aku baca al-Quran
astaghfirullahalazim.. tersangkut-sangkut aku baca, tak lancar sebab dah lama aku tak biasakan lidah aku baca Quran
menangis jugak la sebab sangkut-sangkut baca.huhu
aku istighfar banyak-banyak
minta ampun pada Allah
mohon pada-Nya ditenangkan hati aku, dapat habiskan bacaan aku
alhamdulillah...
*doa banyak-banyak supaya tak jadi hamba Allah yang lalai..




***

beberapa hari lepas, aku dengar ceramah ustazah hasni, tajuk ceramah 'Ibuku, Temanku'
ustazah tu cakap lima perkara dengan melihatnya boleh mendapat pahala:


1. melihat al-Quran
2. melihat Ka'abah
3. melihat air zam-zam
4. melihat wajah ibu bapa
5. melihat keagungan tuhan (contoh: laut, gunung)


syahdu gila dengar ceramah ustazah tu
menitik jugak la air mata ni dengar ceramah ustazah hasni
*dapat pahala sikit sebelum pergi kerja hari tu :)









p/s: insya Allah dapat menikmati ramadhan kali ni. semoga ianya lebih baik dari yang lepas

done