Wednesday, July 25, 2012

Alhamdulillah...Ramadhan is back!

Assalamualaikum


Alhamdulillah... panjang umur lagi. sempat sambut ramadhan untuk tahun ni. dah nak dekat seminggu puasa kan?? so far, so good. :-D puasa dekat hostel dah masuk kali ke tiga dah ni. hmm bila dah puasa dekat U, memang nak merasa puasa kat rumah tu harapan la. ni pun dapat balik untuk puasa pertama je, lepas ni busy dah dengan test bagai. sabar jela... tak apa, dugaan...

puasa kali ni, juadah macam biasa, sahur, air panas, biskut ke ape ke, benda-benda ringan (tu je yang aku mampu jang oi, nak nasi makan kat rumah, *sedih) berbuka, beli jangan sampai membazir, buka puasa dengan kurma and air panas :-)
insya-allah, Quran tak tinggal untuk puasa ni, except sebab-sebab tertentu.

tak tahu nak cakap bebel apa lagi, hope for this ramadhan will be better than last ramadhan, macam-macam dugaan Allah bagi, harap Dia permudah kan segala urusan dan bagi kekuatan kat aku as hamba-Nya supaya dapat lalui semua benda tu. amin... selamat menyambut ramadhan pada semua umat islam, kejarlah pahala masa bulan ramadhan ni banyak-banyak. mohon Allah buka pintu hati untuk jadi hamba Dia yang soleh/solehah. amin...



done.


Monday, July 16, 2012

game and 'nangka busuk'

assalamualaikum

tak ada apa nak di cerita kan kat sini. banyak benda yang happen last week, cuma nak cerita tak ada masa, tapi yang paling best nya, we're one class playing games for CCT subject, memang happening gila. best la. haha, main teka-teka reaction, main air, seronok la. macam tu la. haha. *buat sakit hati je =.=' ni ha adalah sekeping dua gambar yang tak berapa nak syok tengok.

ni game teha. main ikat-ikat kaki. jalan bawak belon air.

sangat seksa doe! gelak-gelak nak tergolek aku time ni.

habis dah cerita game bagai... haa yang ni cerita agak tragik sikit, aku tak ingat hari apa, isnin lepas kot, jatuh katil, ulang semula, JATUH KATIL. oke, itu 'sangat best'. roomate aku cakap macam nangka busuk jatuh. fyi, aku jatuh dari katil atas, i' mean, yes, aku jatuh dari katil tingkat atas. gedebab!! gegor kau satu blok! haha. tak ada la, aku tak la besau sangat. lebam jugak la lutut kiri kanan, nasib tak patah ke ape. haishhh... but sekarang da oke sikit, lebam still there but sakit tak ada da. btw! ramadhan is coming!!! tak sabar nya!! welcome ya ramadhan! :-D


tinggal beberapa hari lagi je nak puasa, 'Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak' :-)

done.

Wednesday, July 4, 2012

Library baru!

halu-halu assalamualaikum!

excited nak cerita, sebabnya tadi masuk library baru! (ala gediknya =.=). tak nak cerita panjang-panjang. nah! tengok je gambar.

credit to pahang.uitm.edu.my

tempat letak bag.
besar and luas dari library lama



bilik IT.
lagi banyak dari library lama :D

ni dekat ground floor

ni jela boleh aku sajikan dekat korang. nak tengok lebih-lebih, masuk la UiTM pahang (promote. hehe).

done.

Tuesday, July 3, 2012

Ex-roomate my roomate

assalamualaikum

kelmarin roomate aku sorang ni baru balik dari KL, dia cakap la dia baru beli tudung, sama dengan aku, roomate-roomate aku yang lain ni sibuk-sibuk nak tengok. oke, tudung dia sama dengan aku tapi tak serupa. bak kata kawan aku ni, aku akan defend apa-apa yang orang lain sama dengan aku tapi aku akan sedaya upaya cakap tak sama. yela beb! malu! haha. ala, beli barang yang semua orang mampu beli, memang la semua sama, emm tak kisah dah. :-| then, aku dengan roomate aku sorang ni, plan nanti pakai sama-sama then amik gambar (perlu ke?). ala setakat saja-saja buat kenangan apa salahnya. kan?? so pagi tadi before pergi class, kitorang amik la gambar.


it's Lela and me!
kitorang pernah jadi roomate masa part 3 dulu, so, my ex-roomate become my roomate again! see the colour of hijab not exactly same. it just the same pattern. kalau kawan aku dengar ni mesti dia cakap aku still nak defend lagi. =_= tak apa la...tak sakit pun orang lain pakai benda yang sama macam kita. kita beli dengan duit kita, dia beli dengan duit dia. :-)

done.

Monday, July 2, 2012

Muet-derma darah-kupon

assalamualaikum

oke, tittle agak gempak tapi tak ada apa-apa pun.ngee~ sorry... hari ni semua orang sibuk2-kecoh2-bising2 pasal MUET. sebab start hari ni until next week is MUET week. haaaa.. thats why mereka-mereka semua since yesterday start busy print slip bagai. oke, apa-apa pun good luck to all candidates!! chaiyok2! aku tengok diorang tadi pun jadi nervous, macam aku pulak yang nak ambil MUET tu. padahal dah lepas dah. hee~

habis cerita pasal MUET pagi tadi.


look at the picture above. see what i found in my bag in this morning before go to investment class (poyo sebentar). benda ni a week after aku masuk semester 5 ni. ada program 6K entah pekejadah. UiTM buat la sekali program derma darah ni. dengan niat aku nak derma darah jugak la, tapi tak lepas, haemoglobin aku rendah. then, dengan sukacita nak cerita berat aku turun. hikhikhik (kembang hidung kejap) sebab 3,4 hari before event ni, aku kena cirit yang agak teruk.

habis cerita pasal derma darah. :-)

petang tadi, ada event perlantikan komander Badan Pertolongan Cemas (BPC). kitorang pergi berempat, aku, nana, jieha and tyra. ni ha gambar dia tapi perlantikan tu dah habis. lambat snap pic. berkerut-kerut kening tunggu benda ni. mana tak nya, duduk menghadap matahari. haishh..tak boleh salahkan ciptaan Allah yang Maha Besar, kita yang salah duduk tempat. kannn..hee~


it's jieha!

tyra, jieha and aku. nana tak ada :(

sempat lagi berposing berpitcha-pitcha. even dah selebet, comot and berminyak-minyak muka. 

done.