Friday, November 18, 2011

penuhkan hati...

assalamualaikum

esok (19 nov) aku balik jengka, sem baru, part 4, harap-harap sem depan nie aku boleh berdepan dengan cabaran yang datang yang mana tidak pernah putus datang untuk mematangkan manusia. jangan cepat melatah zaty, dengan segala macam benda yang akan patah semangat kau, bak kata orang dolu-dolu, persetankan mereka, hehehe

semakin dewasa kita, semakin banyak dugaan yang maha agung beri kepada kita, untuk menguji sekuat mana iman dan takwa kita kepadaNya. hmm..aku harap sem depan akan penuh dengan warna-warna kegembiraan yang terukir kat bibir kawan-kawan aku supaya aku boleh gembira dan ketawa bersama mereka. :)


sem depan tak boleh main-main dah. kena fokus and be serious in study. ingat tu zaty! penuhkan diri, hati dengan azam baru. hmm tiap-tiap tahun sem azam baru, tak nampak pun. err excuse me, sem lepas saya dapat tau apa yang saya target, so sem depan nie yang  bakal saya masuk mesti boleh dapat target jugak. just jangan putus asa. insya allah...

done.

Tuesday, July 26, 2011

assalamualaikum

jejaka : akak
aku    : (jalan. buat bodo)
jejaka : akak
aku    : (toleh belakang)
jejaka : kat mana nak buat kad metrik ea?
aku    : (senyap and cari kad metrik dia. tak ade pulak. tengok member dia. ada)

oke. part 1.
terasa tua pulak aku bila ada orang panggil aku akak kat sini =_='
speechless .......


done.

Saturday, May 21, 2011

mihrab cinta

assalamualaikum


Suatu hari kau kan mengerti
Siapa yang paling mencintai
Karena cinta ku ikhlaskan segalanya kepada-Nya
Untuk cinta tak pernah ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati

Dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

Suatu hari kau kan mengerti


done

Wednesday, May 4, 2011

sangat comel

assalamualaikum

aktiviti aku malam nie: usha patern baju sekarang. (bila tengok, semua sama je -__- tak ada yang berubah ) 

tengah duk godek-godek baju kurung, manik and adik-beradik dia la, ternampak la pulak baju yang comel gila nie. sangat comel doe! aku nak satu. then aku pergi la kat blog empunya tukang jahit nie. nak tengok la kot-kot ade saiz aku ke kan. nak beli la. check punya check, scroll punya scroll, ceh!! untuk budak-budak ghupenya! tak nak frust aku kan??? aaaa! aku nak baju nie! polka dot dia sangat sangat sangat lawa and cute and menarik and and and and and mesti aku cute kan bila pakai nanti. huhuhu. wahaha! mesti kena gelak nanti dengan member-member aku bila aku cakap macam nie.

ah! what ever la dorang nak cakap ape pun. kesah pulak kan???? haha. ape-ape pun, aku sangat suka baju nie. :)

baju nie sangat comel

done.

Friday, April 22, 2011

E.X.A.M W.E.E.K

assalamualaikum


jeng! jeng! jeng! study weeks da habis. sekarang FINAL EXAM! esok start la first paper aku. pukul 9 pagi sampai 11 pagi. 



habis segala macam nota aku cari yang entah mana-mana aku campak dulu, korek sana, cekau sini, nasib jumpa. aku tak de la study bagai nak rak mana. study dalam group je. kalau study sorang-sorang, emmm idok la jawab nye. nampak katil je terus melayang entah mana-mana.

so, kepada sesiapa yang rasa dia amik exam minggu nie, GOOD LUCK! sama-sama la kita yew, berdoa dapat buat yang terbaik. amin~


done.

Tuesday, April 5, 2011

F.R.I.E.N.D.S

assalamualaikum

pernah dengar tak, member korang cakap macam nie kat korang? "aku nie jahat ke? sampai susah nak cari kawan sejati yang sanggup tolong and ade time aku susah atau senang". nie la soalan yang aku dapat dari sorang member aku. hey girl! chill la beb. jangan tunjuk kau lembik sangat la. come on la.

member aku nie cakap la yang dia tak boleh nak tanggung sebab tak ade orang nak tolong dia time dia susah kat tempat orang. dude! aku pun kat tempat orang kot. jauh dari family yang nak tolong aku, jauh dari member yang nak tolong sapu air mata aku, bangunkan aku time aku jatuh, yang nak bebel kat aku time aku malas gileeer nak buka buku.

memang betul la kan ape yang kau cakap kat aku, bahawasanya kita kan dapat kawan yang jenis suka joli, tapi kau nampak tak kawan yang tengah tunggu kau sambut tangan dia untuk kau lari dari dunia yang kau benci tu? yang nak bagunkan kau yang dah jatuh terjelepuk tergolek tu? kau nampak tak? soooo, jangan la kau cakap yang tak ade orang nak tolong atau be there dengan kau. okey dear? there will be someone will help you in every condition. think positive.

bukan aku nak cakap ape la, jangan terlalu bergantung dengan orang lain, memang bila kita jauh dengan family, kita akan bergantung dengan kawan. sebab kawan la yang paling dekat dengan kita. tapi jangan la sampai bende remeh kau nak bergantung jugak. memang la kawan suka-suka merata ade. kau tak cari, tapi dorang sendiri yang datang kat kau. so, mana silapnye? kalau kau nak kawan yang ade time kau susah, ade ke kau pimpin tangan kawan kau yang dalam kesusahan, sedih, yang perlukan kau? ade? pikir sebelum kau cakap pape okey.

aku bukan nak kutuk or buat kau rasa annoying ke ape ke, tapi tu kenyataan kat dunia nie. kau sendiri kena cari jalan untuk keluar dari dunia yang kau tak suka, kalau kau perlukan kawan, aku dengan yang lain ade dengan kau, selalun ade, buka besar-besar mata kau, jangan tak nampak kitorang kat belakang kau, kalau rasa nak share something, cerita jela kat kitorang, kitorang nie ramai, pilih je mana yang kau rasa selesa nak talk with. ape guna nya kitorang nie, kalau kau tak nak share pape, it seems like kau yang ade dengan kitorang time kau senang je. betul tak?? :) time susah kau sendiri yang tak nak cerita pape. kan??

okey dear, be chill. jangan stress or what so ever la. hidup nie memang macam nie, kau kena kuat. jangan cepat nak nangis even kau tu memang cengeng.

done.
*aku nie cakap kat orang je pandai, bila kena kat aku, meraung la jugak.kui3.

Monday, April 4, 2011

miss all this

assalmualaikum


tetibe je nak google earth tadi. saje jela mulanya. pastu search bumbung rumah. bila nampak je, rindu la pulak dengan isi rumah tu. hmm... rindu dengan kawasan perumahan yang sesak dengan 'mat black' and kereta. then aku search la pulak sekolah-sekolah aku and tempat aku belaja sekarang. :-) 


taman perumahan aku
yang dalam bulatan biru tu rumah aku

rumah aku hujung sekali, rumah teres. ala rumah biasa je. tak de la gah sangat. nak balik tak dapat. tengok bumbung rumah pun jadi la. hehe. ade satu hari tu, aku dengan siblings aku kat sini, i mean kat jengka la, satu hari duk search rumah masing-masing. macam ape je. haha. da tak boleh balik, nak buat macam mana kan. :) lepas tu merantau satu dunia, melancong! hoho. sampai ke europe pegi nye. hehe.

nie la sekolah aku

sekolah rendah dengan sekolah menengah sebelah-sebelah je kot. jarak rumah aku dengan sekolah dalam 5-10 min je. so sangat dekat la. aku sangat loyal dengan puchong. sangat la. urgh! ayah aku suh masuk asrama time form 1, aku tak nak. aku nak sekolah dekat klang, dengan cousin aku. mulanya aku tak nak sekolah menengah dekat rumah nie, biasalah, senior-senior veteran buat macam-macam hal. so aku blacklist kan sekolah tu masa aku sekolah rendah lagi. bila buat permohonan nak tukar sekolah kat klang, tak dapat la pulak. tak frust pun. :|  sekolah la aku kat belakang rumah tu. disebabkan ramai member sekolah rendah, tak de la boring, buhsan mana. boleh la~ so-so la. heee~ sekolah la aku kat situ 5 tahun. macam-macam experience and memory kat sekolah tu. ngeee~

yang warna merah mcD, biru 7e

ha! kat mcD puchong permai la yang aku dengan geng-geng sekolah selalu lepak. kekadang dating pun kat situ lepas balik sekolah. duk la sampai ke petang. macam tak de tempat lain je nak dating kan. haha. budak-budak~ rindunye nak lepak dengan member lama. last jumpa hari tu time cuti sem lepas. da lama kot tak jumpa. huhu.

skola aku time form 6 (smk puchong)

ni la tempat aku study form 6 dulu. kejap je aku sekola situ. dalam 3 weeks. lepas tu aku masuk uitm. member-member sana memang caring and best. even kenal tak lama tapi da macam lama kenal. time aku nak bla tu, dorang semua say good bye, peluk kiss pipi ape sume. memang tak tau nak cakap ape. rasa macam tak nak tinggal je dorang semua. then ade la sorang classmate time tu, hani rosli. sempat la jugak spend time 1 week time cuti sekola bulan 5. tu pun sebab nak siap kan assignment. aku dengan dia partner. lepak kat papa rich sambil siapkan assignment, then da siap, pusing-pusing kat ioi mall. hmm..kenangan~

uitm jengka! nampak tak?

yang dot merah tu uitm kampus jengka, pahang. aku sebenarnya tak nampak rupa uitm tu. hoho. thats why la aku amik beso macam nie. nampak bandar pusat jengka kat mana. hehe. cuba kau tengok, hijaunya pahang nie kan. sangat. cuba tengok KL, kelabu asap je. hehe. ha! aku study sini la sekarang. lanie sem 2. kat sini banyak benda yang aku belajar. :) kat sini jugak la aku dapat family a.k.a siblings baru. adik-beradik aku 5 orang. aku,yaya, sara, ayu and siti. mama kitorang nana. :) 

yaya
nana
sara
siti
ayu
aku

nie la siblings aku kat jengka. thanks korang sebab buat hari-hari aku kat jengka happening! sayang korang sume. :)

done.

Thursday, March 24, 2011

tertarik

assalamualaikum


sumpah aku suka gila dengan gambar-gambar yang dia shoot. lawa doe! and dia pandai make up kan orang. cun doe! bila some girl yang rupa dia biasa je, then ada orang yang ubah dia like a princess. ewm. tak kot. haha. tapi memang lawa. huh! aku macam da jatuh tangga. haha. tu je nak cakap. maybe lepas nie aku akan jadi stalker. huarg! huarg! huarg! (muka jahat)


done.

Wednesday, March 16, 2011

danbo!!

assalamualaikum


comelnya dia!
wargh!! homaigod! homaigod! homaigod! aku suka gila dengan DANBO! dia sangat cute. comel-comel kot gambar-gambar danbo. petang tadi aku search gambar danbo sebab nak buat theme desktop. macam nak gila aku dibuatnya tengok gambar danbo. huuhh~ relax.relax. 


dia sangat sangat sangat comel~


done.

Sunday, March 6, 2011

2 hari 1 malam di kuantan

assalamualaikum


first time aku pegi kuantan! best kot sebab pegi dengan member-member a.k.a siblings kat jengka. mula-mula sampai, kitorang pusing-pusing dalam mall. shopping la pape yang patut. lama gile tak masuk mall cakap kau! argh!





 esoknya pula (sabtu) kitorang pegi..pantai! best kot! tengok sunrise. memang lawa. first time aku tengok sunrise dengan biji mata aku sendiri. very excited.








memang the best memory in my life la kali ni. thanks kat korang semua especially ayu sebab bawak kitorang datang kuantan.




done.

Tuesday, February 22, 2011

test costing

assalamualaikum

hari nie aku ade test. test costing. giler cakap kau. aku tetibe blank tadi. agak nak mencarut tapi tak terkeluar. test tadi start pukul 20:30. ye-ye je cakap start pukul 20:00. agak berpeluh jugak la menunggu tadi. huh.. susah soalan no 2 tadi. argh!! aku tak dapat bayangkan muka sir nanti bila tengok paper yang entah pape je nanti. haha. bia la. benda da lepas. 

done.

Wednesday, February 16, 2011

falling in love with jade

assalamualaikum


sudah jatuh cinta sama JED! haha. lepas aku tengok rantai jed, terus terpaut. wah! wah! wah! ayat tak boleh bla. haha. lawa kot. harga jangan cakap la, harga pasar malam la. huhu. tak pe, nanti bila aku da tersenarai di antara orang kaya dalam magazine Forbes aku beli yang mahal punya. hoho. tinggi nye cita-cita. ala beli kat Wah Chan sudah. tak pun kat Tomei ke kat Habib ke koman-koman pun kat emas seri pinang. kehkehkeh. perasan la aku. berangan je keje nye. :-|


love jade!


done.

Sunday, February 13, 2011

adakah lelaki tahu menghargai/ memahami wanita?

assalamualaikum




hati perempuan umpama kaca. kalau tak pandai jaga, pecah jugak. even kita hold kaca tu elok-elok. sekai jatuh, pecah berderai kaca tu. da tak dapat fix balik. kalau beli kat kedai pun, da tak sama macam kaca yang lama tu. kan da rugi. so, pandai-pandai la ye lelaki-lelaki sekalian jaga hati perempuan yang korang suka or sayang tu. perempuan ni sensitif, cepat sangat terasa even dorang ni brutal or what so ever. brutal-brutal pun, ingat, dorang still perempuan, kalau kahwin pun jadi bini orang, mak orang, bukan jadi laki orang, bapak orang pun. then, bagi dorang enjoy dorang punya life. lagi korang yang lelaki-lelaki ni halang girls ni buat ape yang dorang suka and benda tu korang tak suka, bertambah-tambah and berkali-kali la yang girls ni akan buat. so, biarkan jela dorang buat ape yang dorang suka. maybe tu dorang punya habit or hobby. 




korang yang boys ni tak rasa bersalah ke buat macam tu kat girls yang berjiwa and berhati lembut macam donat kat sekolah lama aku dulu? fikirla bro. adoi.. korang yang boys ni yang berhati macam landasan kereta api faham-fahamla hati girls. korang nak girlfriend korang dengar cakap or faham dengan korang, tapi korang faham ke dengan dorang? 



tapi memang macam FAQ-KOF la mamat yang cakap aku macam-macam, lepas tu bila aku da tak tahan and tak nak da member lagi dengan dia, sibuk-sibuk la pulak call, message say sorry. bla la! sedih tau. ade kau tau ape aku rasa? xde. ade kau pujuk balik? xde. kalau kau minta maaf pun bila aku cakap aku nak bla. baru la terhegeh-hegeh say sorry. huh!


so, kepada boys di luar sana yang da sayang or akan sayang kat someone girl and what so ever, cuba tanya kat diri korang, whether you appreciate/understand women?


done.

Saturday, February 12, 2011

saturday a.k.a PPP

assalamualaikum


oke, hari nie ade LDK PPP. aku pun tak tau nama penuh PPP tu. hee~ masuk-masuk je, macam biase la. no feelings. mengantuk + malas. kitorang dibahagikan kepada 4 group. agak meriah la class tadi. budak SR agak ramai. kecoh la jgk. happenig + gile + what ever bla bla bla... then terperasan la akan aku kepada seorang budak lelaki, oh memang la aku pandang budak lelaki, tak kan aku nak pandang budak perempuan, tak ade perasaan kot. i'm not a lesbian after all. 


berbalik semula kepada cerita si budak kaca mata nie, muka oke la~ tak gelap. nak kata sawo matang tak jugak. entah la. ape jenis kulit pun aku tak tau. :-| tapi manis la. uhuk3! hee~ dalam class tu dia la yang paling  kecoh a.k.a banyak mulut. first section everything went smoothly. bila time LDK yang second last, dia buat hal. cari pasal la pulak. DENGKI pulak dengan group aku. huh! harap muka comel. uweeeekkk! da tak comel da kau. haha. 
2, 3 jam pertama
(comel mamat tu~ :-) mula-mula la :-| )

2,3 jam terakhir
(at the end of the class muka mamat tu -pada pandangan aku la-)

so, bye2 la kau ye. pape pun memang best la PPP kali nie. so so la~ last sem bapak boring kot! :-/ esok ade lagi PPP, tapi ceramah la pulak. adoyaiiii! nie yang aku lemah nie. haish~

done.

Monday, January 31, 2011

wargh!! ngantoknye~

morning~




pagi yang hening nie aku tak tau nk buat ape. seperti biasa, bangun bila matahari atas kepala, lepak-lepak baru mandi.so, tiga hari lepas tak ade la morning word dari aku. hee~ tapi hari nie lain, bangun, setelkan assignment, online jap, lepak, baru mandi. ye! assignment dah nak siap! lagi 20% lagi. hopefully esok boleh la siap sepenuhnye.


hmm~ cuti nie aku tak kemana pun. duduk rumah je. mak aku da bagi order PERINTAH BERKURUNG. ONE WEEK kau tau!! ho my god, ho my god. ape aku nak buat sepanjang cuti nie. besarkan badan la jawabnye. ala lagipun cuti nie pendek je. tak boleh nak heaven lama-lama. hohoho (action! :P)
khamis nie pun ktorg nak balik kampung. cousin aku kawen. hmm~ ballik 3 hari je. tak best. penat adela.


done.

Tuesday, January 25, 2011

hello! hello! hello!

tepat jam 23:45 terhasil la 'a pen and a paper'.
roomate aku yang mempromosi kat aku pasal blog. (nta la.lupe.promote ke ajak ke ape ke.nta :P)
so..fikir punye fikir.buat la.hehe
aku tak tau pape pun pasal blog nie.so buat muka bodo, tanye la kat roomate aku nie mcm mane nak tukar tu tukar nie.roomate aku nie pun baru je dlm blogging nie. tapi kan sharing is caring.hehe
oke la.tak tau nak cite ape.so..good night! :-)