Saturday, May 26, 2012

hati mahu berkata-kata

assalamualaikum


rindu aku pada ramadhan tiap kali berakhirnya ramadhan
masih sempatkah aku berjumpa ramadhan kali ini??
rindu dan teringinnya menghadap Ka'abah tak pernah luntur
berpeluangkah aku beribadah di hadapan Ka'abah??
ajal di tangan Tuhan, siapa yang tahu, tiap nafas, degupan jantung adalah pinjaman dari-Nya
aku bersyukur, sehingga kini masih diberi peluang untuk merasai nikmat yang Allah beri
bernafas, merasai degup jantung sendiri, kasih sayang dari umie ayah dan adik-adik..
alhamdulillah..


***

agak lama juga aku tinggalkan bacaan al-Quran
sebab sibuk kerja (*astaghfirullahalazim)
beberapa minggu lepas, aku baca al-Quran
astaghfirullahalazim.. tersangkut-sangkut aku baca, tak lancar sebab dah lama aku tak biasakan lidah aku baca Quran
menangis jugak la sebab sangkut-sangkut baca.huhu
aku istighfar banyak-banyak
minta ampun pada Allah
mohon pada-Nya ditenangkan hati aku, dapat habiskan bacaan aku
alhamdulillah...
*doa banyak-banyak supaya tak jadi hamba Allah yang lalai..




***

beberapa hari lepas, aku dengar ceramah ustazah hasni, tajuk ceramah 'Ibuku, Temanku'
ustazah tu cakap lima perkara dengan melihatnya boleh mendapat pahala:


1. melihat al-Quran
2. melihat Ka'abah
3. melihat air zam-zam
4. melihat wajah ibu bapa
5. melihat keagungan tuhan (contoh: laut, gunung)


syahdu gila dengar ceramah ustazah tu
menitik jugak la air mata ni dengar ceramah ustazah hasni
*dapat pahala sikit sebelum pergi kerja hari tu :)









p/s: insya Allah dapat menikmati ramadhan kali ni. semoga ianya lebih baik dari yang lepas

done